Isnin, 19 April 2021

PROGRAM JEJAK PERMATA 1.0, 2021.

PENAT LELAH, TIDAK BERMAKNA MENYERAH!

Usaha kita menjejaki murid cicir masih diteruskan walaupun dalam keadaan berpuasa & Covid19. Namun aktiviti menjejak murid dilaksana mengikut SOP yang di tetapkan. 

Hari ini, mungkin kita berada di zon yang amat selesa dalam kehidupan kita. Tetapi masyarakat di pedalaman ini telah memberikan saya banyak mempelajari nilai-nilai & bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita hari ini. Terima kasih nikmat Tuhan berikan hari ini, dapat membina ukhuwah bersama Ahli Keluarga Murid SMK Bum-Bum. 

Terima Kasih menerima kehadiran kami di sini, hari ini.



Sesi bergambar bersama Penolong Kanan Petang, Kaunselor Sekolah & Penjaga Murid.


*Cikgu_din

CARA "LogIn" DALAM SPLKPM

 JOM LOG IN DALAM SPLKPM...

Berikut adalah cara untuk log in dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia:

1. Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

2. Jangan silap taip SPLKPM login pula, pastikan taip penuh SPLKPM 😀😀😀

3. Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu

4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan 

5. Untuk makluman, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dengan lengkap tanpa dash

6. Masukkan kata laluan.

7. Jika anda terlupa, kata laluan asal ialah 4 digit terakhir kad pengenalan anda.

8. Klik / tekan hantar.

9. Akan terpapar mesej berikut: Selamat Datang, No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan diberi kebenaran untuk Akses sistem + sila tukar kata laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat di ceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan. 

10. Klik / Tekan Close.

11. Anda Kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu. 

12. Klik Pembelajaran kendiri. 

13. Lihat senarai pembelajaran kendiri. 

14. Lihat e-Pembelajaran.

15. Klik tambah aktiviti.

16. Masukkan maklumat yang berkenaan. 

17. Akhir sekali, hubungi Admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan. 



*Sila ambil perhatian. Anda hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Log masuk hanya untuk daftar dan kemaskini. 


*Cikgu_din

PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

TEMUDUGA PRS 2021

Menjalankan proses Temuduga PRS dalam keadaan Norma Baharu dan juga pematuhan dasar SOP yang di tetapkan bukan penghalang kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) untuk terus memberi komitment dalam pencarian Ahli PRS yang Baharu. 

Hari ini, macam-macam jawapan yang kami terima daripada calon-calon yang menjadi PRS 2021/2022😁😁😁😁



*Cikgu_din

SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (SPLKPM)

 Apa itu SPLKPM?

Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan Kursus dan Latihan. SPLKPM juga berfungsi untuk tengok pelaporan bilangan hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) & Pelaporan bilangan markah CPD pada tahun semasa. 

SPLKPM dulu, dipanggil SPLG KPM / SPLGKPM. Perlu diingatkan, sistem ini tdak sama dengan eOpeasi. SPLKPM lebih fokus kepada latihan yang diterima oleh guru-guru sekolah seperti ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, Portal e-guru dan lain-lain lagi. 

*Cikgu_din

Sabtu, 17 April 2021

"Mindmeister" VERY GREAT!

 JOM BELAJAR "Mindmeister"

Pada 17 April 2021, Saya mengikuti satu kursus & bengkel yang dianjurkan oleh Edidik MALAYSIA. Apa yang manarik dalam kursus ini, para pendidik didedahkan berkenaan Pendidikan Abad 21 iaitu pengaplikasian "Mindmeister" dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga sangat sesuai digunakan dalam apa-apa jua bentuk aktiviti yang dijalankan. 

Dalam "Mindmeister" ini, Kita boleh menyampaikan maklumat serta mencatat nota dalam bentuk Peta Minda. Tidak cukup dengan itu, Mindmeister ini boleh dijadikan bahan aktiviti berinteraksi antara murid dan guru. Guru boleh menyediakan satu tajuk kemudian murid boleh berkolaborasi menyambungkan dengan tajuk berkenaan dengan pelbagai isi & huraian secara peta minda. 

Jom daftar  disini 👉 https://www.mindmeister.com/account/login



*Cikgu_din

Selasa, 13 April 2021

PENULISAN NILAI KEBERHASILAN TAHUNAN

 KEBERHASILAN TAHUN 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini mempelajari satu perkara baharu, pada kali ini, saya berkongsi berkaitan contoh penulisan sasaran keberhasilan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBBPP) yang boleh dijadikan panduan. 

Sasaran keberhasilan ini disediakan dan diberikan kepada Pegawai Penilai (PP) 1 dan 2 serta pegawai yang dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa. 

Penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai. 

                            Contoh penulisan keberhasilan
                                                                             👇👇👇

Selasa, 6 April 2021

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG & PELANCARAN PROGRAM SALAM SAYANG NORMA BAHARU TINGKATAN 1


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG & SALAM SAYANG NORMA BAHARU TAHUN 2021

Sekitar Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang & Program Salam Sayang Norma Baharu Tingkatan 1. Program ini telah mendapat sokongan yang baik daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Semporna SABAH. Majlis Pelancaran ini diadakan pada 05 April 2021 yang telah dilancarkan oleh Tuan Hj. Johan Bin Hj. Okasa (Pengetua SMK Bum-Bum). 

"Syabas & Tahniah Kepada seluruh warga sekolah, Kerana menjadi seorang Guru Penyayang pada Anak Bangsa"


    

 
    

   

   


*Cikgu_din

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG & JOM KE SEKOLAH 2021

AKTIVITI GURU PENYAYANG DI SEKOLAH
 

Aktiviti Guru Penyayang di sekolah yang terlibat dengan 4 fasa dilakukan di sekolah bertujuan pembudayaan penyayang dalam kalangan warga sekolah. Salah satu aktivitinya adalah menghargai kehadiran murid ke sekolah. Pentadbir, Kaunselor sekolah bersama guru-guru akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Semporna SABAH setiap hari berada di pintu pagar sekolah menantikan kehadiran pelajar dan menyantuni pelajar di pintu pagar sekolah semasa pelajar pulang. 

Selain itu, Pelajar-pelajar juga akan diberikan "gift" atau hadiah sebagai tanda menghargai mereka kerana hadir ke sekolah. Melalui aktiviti seperti ini akan memberikan kesan kepada pelajar iaitu dapat melahirkan rasa dihargai dalam kalangan pelajar sekali gus memupuk budaya penyayang di sekolah melalui penerapan nilai-nilai murni di sekolah. 




*Cikgu_din

Isnin, 5 April 2021

SEKOLAH PEDALAMAN, BUAT AKU USAHA & SEMANGAT BERGANDA

 SEKOLAH PEDALAMAN, BUAT CIKGU USAHA & SEMANGAT BERGANDA

Pulau Bum-Bum Semporna, merupakan satu kepulauan yang agak besar dan mempunyai bilangan penduduk 20k. Penduduk Pulau yang mempunyai taraf hidup yang rendah dan pendapatan utama penduduk adalah nelayan. 

Setiap hari, guru-guru yang bertugas di pulau ini akan ulang alik daripada pekan ke pulau ini kemudian menaiki van dari Jeti Balimbang ke SMK Bum-Bum. Lokasi yang jauh dari kawasan pekan dan kawasan kekurangan prasarana ini la yang menguatkan saya dan bukan melemahkan untuk terus menabur bakti dalam masyarakat sekitar. 

Allahumma Amin...


Jeti Balimbang, Semporna.

Khamis, 1 April 2021

KERTAS KERJA PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG & JOM KE SEKOLAH

 

1.0                   PENDAHULUAN

Perlaksanaan kempen “ GURU PENYAYANG “ ini merupakan salah satu kempen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang perlu dilaksanakan disekolah – sekolah bertujuan agar guru mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang ,bersikap mesra ,mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, perihatin dan sabar. Penerapan nilai-nilai positif seperti L (Loving), U (Understanding), C (Caring) dalam kalangan guru-guru terhadap murid-murid sekolah perlu di amalkan supaya murid-murid rasa diri mereka dihargai dan di sayangi oleh Warga Sekolah dan masyarakat.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan asset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudanya dan disayangi setiap masa. Malahan amalan penyayang juga merupakan sifat professional guru dalam perhubunganya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Dalam situasi pandemic Covid19 ini, Perlaksanaan Program Amalan Guru Penyayang tidak hanya terhad dan tertumpuh dengan kaedah bersemuka sahaja. Malahan KPM, lebih menggalakkan Semua Sekolah menggunakan pelbagai alternatif yang bersesuaian dengan Persekitaran, Kemudahan Sekolah itu sendirki.

2.0                   OBJEKTIF

Objektif Guru Penyayang ialah :

2.1  Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru

2.2  Menginsafi bahawa kehadiran murid membawa rahmat ke sekolah

2.3  Menyeedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah

2.4  Menghargai sumbangan murid ,ibu bapa , komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

 

3.0  SASARAN

Semua Murid Tingkatan 1 & 2 serta Guru-guru sesi petang Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Semporna.

 

4.0  TARIKH PELANCARAN KEMPEN

Dijangkakan dilancarkan pada 18 MAC 2021 hari Khamis bertempat di Dewan Sri Sulabayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Semporna Sabah.

 

5.0  KAEDAH PERLAKSANAAN 

Kaedah perlaksanaan guru penyayang ini hendaklah berterusan serta menjadi satu budaya pada guru. Kempen Guru Penyayang ini akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi Fasa Pertama perlaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:

FASA PERTAMA 

Mengalu-alukan kehadiran murid

Perlaksanaan Program mentor Mentee

Memberi penghargaan kepada murid

Menyampaikan Ucapan Melalui video

 Membuat hebahan Infografik.


Panduan Aktiviti Guru penyayang

Bil

Program

Aktiviti

Kaedah

Personalia

1

MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID

Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah.

A. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru.

B. Semasa murid datang ke sekolah

C. Semasa murid pulang dari sekolah

 

 

Menyambut Kedatangan murid:

a. Penampilan guru yang kemas dan ceria.

b. Bersikap mesra,berbudi bahasa dan menghormati murid.

c. Ambil berat ,perihatin dan sabar menyambut murid

d. Membuat sapaan 

e. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang ke sekolah. Contohnya : selamat pagi”, : selamat datang “ “ jemput masuk ”

f. Lambaian pulang .Contoh, “selamat Pulang ”jaga diri baik-baik ”.

g. Bertanya Khabar

Contoh : “Apa khabar,awak hari ini ”

h. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah.

Contoh: Membetulkan tali leher pelajar, mengenakan butang baju pelajar.

i. Membuat Publisiti/promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang

Cth: ‘ kehadiran anda adalah impian kami ‘.

 

Barisan kepimpinan sekolah

Guru bertugas

Kaunselor

 

 

 

Guru Mengambil Peduli terhadap murid semasa di sekolah

A. Semasa di bilik darjah.

B. Semasa di kantin/dewan.

C. Semasa aktiviti ko-kurikulum.

D. Semasa perhimpunan Rasmi Sekolah.

 

Interaksi Guru ( rapport ).

1. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa.

2. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid.

3. Membuat sapaan.

4. Mengambil berat dan perihatin terhadap murid.

Semua Guru Sesi Petang SMKBBS

2

MENTOR MENTEE

Perlaksanaanya bertujuan untuk:

1.     Bangunkan sahsiah murid

2.Bina Jati Diri murid

3. Mentor sebagai orang yang boleh bantu selesaikan masalah murid.

 

Antara aktivitinya ialah:

1.Sesi ramah mesra

2.Sesi makan bersama

3.Meraikan hari lahir

4.Bimbingan hala tuju 

5.Lawatan

6.Sesi perkongsian masalah

1.      

 

Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee

Strategi perlaksanaanya,

1.     Seorang atau dua orang  mentor bagi setiap kelas.

2.     Perjumpaan diadakan 2 kali sebulan

3.     Pengisian semasa perjumpaan

 

4.     Membuat sapaan

 

 

5.     Menyemak dan prihatin latar belakang mentee

6.     Membimbing mentee.

 

7.     Membimbing mentee dalam mengatasi masalah.

 

 

8.     Membimbing mentee membina hala tuju.

 

9.     Membimbing mentee dalam membentuk jati diri

 

 

10.  Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah.

 

11.  Aktiviti didokumentasikan

 

12.  Menyediakan profile setiap mentee

 

3.

PENGHARGAAN MURID

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui:

Aktiviti meraikan murid:

1.      Hari lahir murid.

 

2.      Sambutan Hari kanak-kanak

 

3.      Perayaan Baru mengikut kaum seperti Hari Raya,Tahun Baru Cina,dll

 

Guru meraikan murid dalam suasana gembira,rasa hormat,rasa dihargai dengan penuh kasih sayang

Antara kaedah yang boleh digunakan:

1.      Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah.

 

2.      Menghantar kad ucapan.

 

 

3.      Aktiviti meraikan murid boleh dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

Semua Guru Sesi Petang termasuk pentadbir sekolah

4

MENYAMPAIKAN UCAPAN

Guru-guru menyaampaikan ucapan mereka dan megalukan komitment murid mengikuti kelas online.

Aktiviti Kiriman Video:

1.Mengucapkan hari lahir murid dan warga sekolah.

2. menyantuni murid-murid tingkatan 1 dan 2.

Guru meraikan murid dalam suasan yang gembira dan di santuni dengan nilai-nilai kasih sayang.

 

Antara Kaedah yang digunakan adalah:

1.ucapan dirakam kemudia sunting dan dimuatnaik dalam facebook Kaunseling.

2. Video di hebahkan melalui channel telegram kaunseling.

3. selain itu, video juga Dihebahkan melalui group kelas masing-masing.

Semua Guru Sesi Petang termasuk pentadbir sekolah

5

INFOGRAFIK

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Bum-Bum, Semporna menghebahkan infografik.

Kaedah yang digunakan:

1. menghebahkan Infografik melalui Facebook Kaunseling.

2. Menghebahkan Infografik melalui group kelas masing-masing.

 

 

Carta Aliran perlaksanaan Guru Penyayang

           

               Pembentukkan AJK perlaksana peringkat sekolah kempen Guru Penyayang

 

              Perlancaran Kempen Guru Penyayang oleh Pengetua.

 

    100 responden -  Soal selidik - instrumen indeks persepst murid

           terhadap  Guru penyayang(IPM)

 

           Menganalisa hasil soal selidi
      Penetuan tahap indeks –setiap bulan


6.0  KPI 


Output

Murid dapat memupuk sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Outcome

Murid dan semua guru dapat mengamalkan pembudayaan penyayang di sekolah








7.0  BELANJAWAN

 

Bil

 

Perkara

 

Jumlah

 

Sumber

 

1.

 

Bunting Pelancaran Program

 

RM 150

 

PCG Kaunseling

 

 2.

 

 Alat Tulis (Pen)

 

RM 100

 

PCG Kaunseling

 

3

 

Alat Tulis (Pensel)

 

RM 100

 

PCG Kaunseling

 

 

JUMLAH

 

RM 350.00

 

 









8.0  AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH.

            Penasihat            : Tuan Haji Johan Bin Haji Okasa

                                          (Pengetua)

            Naib Penasihat 1 : En. Hamjah Bin Im. Marabau

                                         (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

          Naib Penasihat 2 ; En. Jasman Bin Malam

                                          (Penolong Kanan Petang)

            Naib Penasihat 3 : Pn. Aminah Binti Janowin

                                         (Penolong Kanan Pentadbiran)

            Naib Penasihat 4 : En. Ismail. Bin Sapie

                                         (Penolong Kanan Kokurikulum)

    Naib Penasihat 5 : En. Jaafar Bin Payasan

                                         (Penolong Kanan Pusat Pengajian Tingkatan 6)

          Naib Penasihat 6 : En. Mohammad Isnin Bin Ahmad

                                         (Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

            Penyelaras        : En. Shafaruddin Bin Kapaluddin

                                          (Guru Bimbingan & Kaunseling)

            Setiausaha        : Pn. Ellyanah Binti Mohammad Yahyah

                                          (Guru Bimbingan & Kaunseling)

            Bendahari       : Cik Nissah Binti Laibi

                                     (Pembantu Setiausaha HEM)

 

AJK PERSIAPAN TEMPAT (sebelum majlis)

Pn. Masni Binti Ahmad

Mohd Nasir Bin Ismail

Nuratika Ashikin Binti Nawiruddin

En. Mohamad Faiz Bin Ujang

En. Muliddijn Bin Kegoh

 

AJK MEDIA & FOTOGRAFI

Mohd Said Bin Akmad (Dewan)

Zulkifli Bin Baharun (Surau)

 

AJK PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS MAJLIS)

En. Jabrey anthony (K)

En. Abdul muin bin sahirin

En. Rony Bin Lunja

En. Amet Bin Tinggilani

 

AJK PROTOKOL

En. Mohd dandan bin hamzah (k)

En. Mohd Rahimi Bin Aziz (Pengacara)

Cik. Jann Debra

Cik. Belliana mojilin

PRS Sesi Petang SMK Bum-Bum

 

AJK SIJIL, HADIAH & CENDERAHATI

Pn. Dayang Nur Syuhada Binti Mojahid (K)

Pn. Haslinah Binti Mustapa

 

AJK KESELAMATAN & KAWALAN MURID

En. Muhadir Bin Muhammadong (K)

En. Fadzlan Bin Basirun (Surau)

En. Tengku Nadzlan (Surau)

En. Asman Bin Coktang (Dewan)

Cik. Nor Adlin Binti Mat Sani (Dewan)

 

AJK KHAS (SOP Covid-19)

Cik. Sukmawati Binti Rais (K)

Ust. Adi Yusri Bin Rabbana (Surau)

Pn. Nurhafizah Binti Sarail (Dewan)

 

AJK HIASAN PENTAS

En. Mohd Zaidi Bin Tam (K)

En. Mohd Syahidin Bin Yonta

 

AJK BUKU PROGRAM & GIMIK PELANCARAN

Pn. Zahidah Binti Samsul Bahari (K)

Cik. Suhaida Binti Salam

En. Shafaruddin Bin Kapaluddin

 

AJK TEKNIKAL & SIARAYA

En. Hardey Suladi (K)

En. Mad Salie Bin Halipa

En. Artie Bin Muin

En. Nuralim Bin Mustamil

 

AJK KEROHANIAN

Ust. Mohd Khairul Amin Bin Abu Bakar

Ustz. Ana Siti Sarpina Binti Saripuddin

Pn. Dayang Norlita Binti Awang Jawi


8.0  PENUTUP

Diharap dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memertabatkan profesion perguruan disamping dapat membudayakan  sikap penyayang bagi membentuk peribadi mulia  dalam membentuk peribadi anak bangsa.

 

 

Disediakan oleh,                                                     Disokong oleh,                             Diluluskan oleh,   

                       

……………………………………                     …………………….………      ……………………………………

(EN. SHAFARUDDIN BIN KAPALUDDIN)   (EN. HAMJAH BIN IM. MARABAU)  (TN. HJ. JOHAN  HJ. OKASA)

Guru Bimbingan & Kaunseling                      Pen. Kanan Hal Ehwal Murid                              Pengetua

Unit Bimbingan & Kaunseling.                        SMK Bum-Bum, Semporna               SMK Bum-Bum, Semporna

SMK Bum-Bum, Semporna                                                                                


Kertas Kerja Program boleh download disini 🤗🤗👉  https://anyflip.com/vesn/jgul/

 *Cikgu_din

BULETIN LENSA UBK SMKBB

Di akhir bulan March ini, kami telah berkesempatan menerbitkan satu buletin UBK iaitu Buletin Lensa UBK Edisi March 2022  boleh di dapatkan ...