Isnin, 19 April 2021

PROGRAM JEJAK PERMATA 1.0, 2021.

PENAT LELAH, TIDAK BERMAKNA MENYERAH!

Usaha kita menjejaki murid cicir masih diteruskan walaupun dalam keadaan berpuasa & Covid19. Namun aktiviti menjejak murid dilaksana mengikut SOP yang di tetapkan. 

Hari ini, mungkin kita berada di zon yang amat selesa dalam kehidupan kita. Tetapi masyarakat di pedalaman ini telah memberikan saya banyak mempelajari nilai-nilai & bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita hari ini. Terima kasih nikmat Tuhan berikan hari ini, dapat membina ukhuwah bersama Ahli Keluarga Murid SMK Bum-Bum. 

Terima Kasih menerima kehadiran kami di sini, hari ini.



Sesi bergambar bersama Penolong Kanan Petang, Kaunselor Sekolah & Penjaga Murid.


*Cikgu_din

CARA "LogIn" DALAM SPLKPM

 JOM LOG IN DALAM SPLKPM...

Berikut adalah cara untuk log in dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia:

1. Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/

2. Jangan silap taip SPLKPM login pula, pastikan taip penuh SPLKPM 😀😀😀

3. Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu

4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan 

5. Untuk makluman, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dengan lengkap tanpa dash

6. Masukkan kata laluan.

7. Jika anda terlupa, kata laluan asal ialah 4 digit terakhir kad pengenalan anda.

8. Klik / tekan hantar.

9. Akan terpapar mesej berikut: Selamat Datang, No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan diberi kebenaran untuk Akses sistem + sila tukar kata laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat di ceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan. 

10. Klik / Tekan Close.

11. Anda Kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu. 

12. Klik Pembelajaran kendiri. 

13. Lihat senarai pembelajaran kendiri. 

14. Lihat e-Pembelajaran.

15. Klik tambah aktiviti.

16. Masukkan maklumat yang berkenaan. 

17. Akhir sekali, hubungi Admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan. 



*Sila ambil perhatian. Anda hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Log masuk hanya untuk daftar dan kemaskini. 


*Cikgu_din

PENGURUSAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

TEMUDUGA PRS 2021

Menjalankan proses Temuduga PRS dalam keadaan Norma Baharu dan juga pematuhan dasar SOP yang di tetapkan bukan penghalang kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) untuk terus memberi komitment dalam pencarian Ahli PRS yang Baharu. 

Hari ini, macam-macam jawapan yang kami terima daripada calon-calon yang menjadi PRS 2021/2022😁😁😁😁



*Cikgu_din

SISTEM PENGURUSAN LATIHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (SPLKPM)

 Apa itu SPLKPM?

Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan Kursus dan Latihan. SPLKPM juga berfungsi untuk tengok pelaporan bilangan hari latihan dalam perkhidmatan (LADAP) & Pelaporan bilangan markah CPD pada tahun semasa. 

SPLKPM dulu, dipanggil SPLG KPM / SPLGKPM. Perlu diingatkan, sistem ini tdak sama dengan eOpeasi. SPLKPM lebih fokus kepada latihan yang diterima oleh guru-guru sekolah seperti ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, Portal e-guru dan lain-lain lagi. 

*Cikgu_din

Sabtu, 17 April 2021

"Mindmeister" VERY GREAT!

 JOM BELAJAR "Mindmeister"

Pada 17 April 2021, Saya mengikuti satu kursus & bengkel yang dianjurkan oleh Edidik MALAYSIA. Apa yang manarik dalam kursus ini, para pendidik didedahkan berkenaan Pendidikan Abad 21 iaitu pengaplikasian "Mindmeister" dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga sangat sesuai digunakan dalam apa-apa jua bentuk aktiviti yang dijalankan. 

Dalam "Mindmeister" ini, Kita boleh menyampaikan maklumat serta mencatat nota dalam bentuk Peta Minda. Tidak cukup dengan itu, Mindmeister ini boleh dijadikan bahan aktiviti berinteraksi antara murid dan guru. Guru boleh menyediakan satu tajuk kemudian murid boleh berkolaborasi menyambungkan dengan tajuk berkenaan dengan pelbagai isi & huraian secara peta minda. 

Jom daftar  disini 👉 https://www.mindmeister.com/account/login



*Cikgu_din

Selasa, 13 April 2021

PENULISAN NILAI KEBERHASILAN TAHUNAN

 KEBERHASILAN TAHUN 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini mempelajari satu perkara baharu, pada kali ini, saya berkongsi berkaitan contoh penulisan sasaran keberhasilan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBBPP) yang boleh dijadikan panduan. 

Sasaran keberhasilan ini disediakan dan diberikan kepada Pegawai Penilai (PP) 1 dan 2 serta pegawai yang dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa. 

Penulisan bidang tugas, sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai. 

                            Contoh penulisan keberhasilan
                                                                             👇👇👇

Selasa, 6 April 2021

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG & PELANCARAN PROGRAM SALAM SAYANG NORMA BAHARU TINGKATAN 1


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG & SALAM SAYANG NORMA BAHARU TAHUN 2021

Sekitar Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang & Program Salam Sayang Norma Baharu Tingkatan 1. Program ini telah mendapat sokongan yang baik daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Semporna SABAH. Majlis Pelancaran ini diadakan pada 05 April 2021 yang telah dilancarkan oleh Tuan Hj. Johan Bin Hj. Okasa (Pengetua SMK Bum-Bum). 

"Syabas & Tahniah Kepada seluruh warga sekolah, Kerana menjadi seorang Guru Penyayang pada Anak Bangsa"


    

 
    

   

   


*Cikgu_din

BULETIN LENSA UBK SMKBB

Di akhir bulan March ini, kami telah berkesempatan menerbitkan satu buletin UBK iaitu Buletin Lensa UBK Edisi March 2022  boleh di dapatkan ...